Gong Xi Fa Chai New Semester Selamat Tahun Baru 2016 Selamat Datang Pelajar Baru Azam Baru
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG UPK KV KENINGAU

TENTANG KAMI



FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digilap secara optimum menerusi perkhidmatan psikologi & kerjaya yang cekap, berkesan dan beretika bagi melahirkan individu yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

VISI

Perkhidmatan Psikologi & Kerjaya menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di Kolej Vokasional menjelang tahun 2018

MISI

Mempertingkatkan kesejahteraan modal insan melalui perkhidmatan psikologi & Kaunseling untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang stabil (EQ), dan berakhlak mulia (SQ) dan jati diri yang tinggi serta memberikan pendidikan kerjaya yang terancang.

RASIONAL

  • Usaha-usaha pencegahan peringkat awal pada setiap individu dapat membantu mengatasi gejala sosial dalam pembentukan masa depan dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan pembangunan rohani.
  • Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada individu untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri.
  • Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan berkesan.
  • Perkhidmatan psikologi dan kerjaya membuka minda dan peluang kepada individu untuk mengenali halatuju kerjaya berdasarkan kepada minat dan potensi yang dimiliki.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan psikologi & kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan diri kepada warga kolej vokasional.
  • Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi aspek perkembangan diri individu dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi.
  • Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan diri individu daripada terlibat dengan gejala social yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
  • Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan, perkahwinan dan pembangunan diri individu.

PRINSIP

Perkhidmatan Unit Psikologi & Kerjaya adalah untuk semua individu di Kolej Vokasional secara terancang dan berterusan berdasarkan kepada pendekatan iaitu :
  • Pendekatan pencegahan
  • Pendekatan perkembangan
  • Pendekatan pemulihan
  • Pendekatan krisis

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyediakan unit psikologi dan kerjaya yang kondusif dan teraputik.
  • Menerima semua klien tanpa syarat.
  • Memenuhi temujanji klien.
  • Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.
  • Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan professional.
  • Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
  • Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.
  • Melaksanakan program yang dirancang dengan teliti dan bertanggungjawab. 

0 Komen Anda:

Post a Comment

VIDEO KOPERAT KV KENINGAU

komen terkini

Widget Komen Terkini Dengan Avatar