Buli
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,
menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada
maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada
dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke
atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram
dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang
tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh
mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Siapakah yang sering membuli dan dibuli
·
Terdiri daripada pelajar menengah atas
iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
·
Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
·
Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya
usia mereka adalah sebaya.
·
Membuli satu cara untuk menghilangkan
perasaan bosan di sekolah.
·
Kejayaan membuli pelajar junior akan
menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi
mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta
pelajar sekolah rendah.
·
Bertubuh kecil.
·
Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan
menjadi sasaran.
·
Pelajar baru di sekolah.
Kenapakah mereka sering membuli?
Sebenarnya
terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
·
Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh
paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
·
Individu yang membuli ini mungkin ingin
memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
·
Mereka pernah menjadi mangsa buli.
·
Gangguan personaliti seperti antisosial
golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
·
Individu yang gagal mengendalikan emosi
dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau
cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli
perasaan orang lain.
·
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran,
nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
·
Akibat perceraian ibu bapa.
·
Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
·
Sekadar mahu berseronok.
·
Mereka bosan dengan sekolah dan membuli
pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
·
Marah dan benci pada mangsa atas sebab
disayangi guru atau sebab-sebab yang tertentu
·
Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
·
Faktor terakhir yang mungkin memainkan
peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi,
pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media
cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model'
bagi golongan remaja.
Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan
buli?
Ramai
beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki. Tapi, ia silap. Pelajar
perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut.
Biarpun
peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada
perbuatan yang serius jika tidak dibendung.
Buli di kalangan
pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal. Contohnya,
sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap, mereka
akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan ejekan.
Namun, perbuatan
buli di kalangan pelajar perempuan tidak terlalu ganas seperti pelajar lelaki.
Jenis-jenis buli
Buli mengancam kesihatan dan perkembangan pelajar.[1]
Pelajar menolak sesama sendiri.
Buli fizikal
·
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut,
menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang
hingga menyebabkan kecederaan.
·
Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli mental
·
Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika
nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan
bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
·
Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang
mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
Kesan buli
Pembuli
Kesan luaran:
·
Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar
akan menjadi penjenayah.
·
Bertindak agresif apabila dewasa seperti
merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.
Dibuli
Kesan luaran:
·
Mereka akan membalas dendam kepada orang
lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.
·
Mereka akan mengalami kecederaan dan
mungkin juga kematian.
Kesan dalaman:
·
Hilang keyakinan diri, membiarkan diri
diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain,
tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup
mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.
Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?
Ini
berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan
lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh
Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat
beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu:
Tahap sekolah
Sesetengah sekolah dengan masaalah buli telah menanganinya dengan memasang
kamera CCTV.
1.
Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat
tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk
psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi
borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh
menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons
tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.
2.
Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan
yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal
poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada
setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung
dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden
buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli
1-800-884774.
3.
Tindakan disiplin, merotan, dan buang
sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
4.
Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di
sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster.
5.
Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras
antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua
sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar.
Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
6.
Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan
dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.
Tahap kelas
1.
Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu
peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan
tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai
tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika
ditangkap atau dilapor melakukannya.
2.
Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah
diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah
menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar.
Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini
merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.
3.
Selain itu, guru-guru juga hendaklah
membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.
Tahap individu
1.
Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli
dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan
menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi
juga ibu bapa atau penjaga mereka.
2.
Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah
mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya
menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan
pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.
0 Komen Anda:
Post a Comment